Aku N Aku

My Photo
nama aku bukan seperti diatas, tp name di atas tu la kawan2 aku panggil aku, keunikan name ku tu la yg aku suke... diriku begitu berharga utk diriku dan family ku.... aku ni jenis yg biase je, x byk ckp la gak, eh yeke? ntah ek, ade yg ckp aku ni byk ckp tp pd aku aku ni jenis yg susah nak berborak ngan org... that y la ade yg ckp aku ni sombong, hehehe.... so, kalau nk tau kenali la aku disini ye....

Friday 25 February 2011

gangguan mimpi

adakah aku bermimpi atau benar terjadi? au sedar ape yg berlaku tapi confiuse sbb mase tu aku tidur.... kejadian berlaku mlm td, semasa aku tidur. seperti biasa sebelum tidur aku amalkan bacaan yg aku amalkan setiap hari, tp entah kenape mlm td aku rase seperti ade gangguan. semasa tidur aku rasekan kehadiran sesuatu disebelah aku, seperti ade yg baring dan rapat dengan aku, aku mule rasekan kepanasan dan meremang bulu roma. aku mule membaca surah2, semasa membace surah dan aku mulai membace ayat qursi, seperti sesuatu ingin menghempap aku.

dengan perlahan dia datang untuk hempap aku, tp aku bace ayat qursi dan semakin kuat aku mambace. alhamdulillah benda tu x hempap aku, tp benda tu tetap ganggu aku. dia masih disebelah aku, aku mulai seram, aku bace lagi ayat2 al quran, benda tu mule hilang tetapi benda tu menghembuskan ke arah muke aku. tapi aku buat x tau, aku masih bace ayat qursi la. selesai aku bace benda tu muali hilang... kelegaan mule terase, dan aku tetap berase seram seperti kehadiran benda tu masih ade di dalam bilik aku.

seperti biasa aku bangun, aku mula pikir ape jd malam td. rase terkejut dan seram je..... nape jd camni plak... now, aku mule mencari langkah2 untuk mengelakkan gangguan syaitan semase tidur... kawan2, aku nk kongsi ngan korang sume pasal benda2 ni ye....

Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah
mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana
maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan
suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan
diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan
takut ketika tidur.
Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah: 1.Mengambil wuduk 2.Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur
hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar)
34 kali..
3.Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali. 4.Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An- Naas 5.Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya. 6.Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”. 7.Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu
menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui
Allah SWT.
Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi
seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah
bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu
bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah
perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu
tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim)Apabi la
bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan
menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah
memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali,
berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang
pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh
menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

2 comments:

SyU AiShiTeRu... said...

isshhhh...
insyaAllah akn ku amalkn...tq...

poyotpogie said...

emm..... amalkan la ye, welcome...

Post a Comment